Kebaikan sujud dalam shalat -
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke
tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang
diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan
sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan
ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan
memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar
daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman
darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur
darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis
sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening
kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang
banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat
terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di
dalam Islam. Wallahu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar